kumpulan puisi serpih-serpih jiwa
COMING SOON

Kumpulan Puisi Serpih-Serpih Jiwa

Author Mohd Elfie Nieshaem Juferi
Year 2027

Synopsis

Serpih-Serpih Jiwa menghimpunkan puisi-puisi yang lahir daripada cebisan pengalaman—ada yang berupa lintasan batin, ada yang tercetus daripada riuh zaman, ada pula yang sekadar bisikan sepi. Tanpa tema yang mengikat, ia dibiarkan hadir dalam bentuk yang rawak, reflektif, dan terbuka.

Seperti tompokan dakwat dalam Ujian Rorschach, setiap puisi membuka ruang tafsiran yang berbeza. Ada pembaca yang mungkin melihat luka, ada yang menemui doa, dan ada juga yang hanya menangkap bayang kabur tanpa garis. Setiap bacaan menjadi cerminan pada jiwa yang menatapnya.

Ini adalah undangan untuk menyelami kepingan kecil yang berserakan, dan mungkin—di celah serpih rawak itu—ditemukan sisa cahaya yang terasa milik bersama.

❉ ❉ ❉

“Jika ada makna yang terbit, ia bukan semata-mata daripada aksara yang ditinggalkan, tetapi daripada gema yang anda pendamkan…Itulah serpih-serpih jiwa yang saya tinggalkan untuk anda pungut kembali.”

This book is coming soon. Check back later for availability.