Nabi Isa Bukan Tuhan
Keterangan Daripada Al-Quran Dan Bible
About the Book
Benarkah Nabi Isa AS ialah Tuhan?
Al-Quran dan Bible bersetuju bahawa Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa, ialah hamba Tuhan dan rasul, dan akan datang semula pada akhir zaman. Buku ini bermula daripada titik persamaan itu, kemudian menimbang hujah yang dikemukakan bagi ketuhanan Jesus Christ: gelaran “Anak Tuhan”, perbuatan menghidupkan orang mati dan kata-kata baginda tentang dirinya.
Setiap ayat dibaca semula daripada teks asal Bible dalam bahasa Yunani dan Ibrani, disokong oleh ayat al-Quran, supaya pembaca dapat menilai sendiri bukti tersebut.
MUHAMMAD HAFIZ SAMSUDIN (Hafiz al-Kalanji) ialah penulis, pelajar dan pengkaji sejarah dari Klang, Selangor.
