Sejarah Bagaimana Agama Kristian Dicipta Sepenuhnya
Penulis: Mohd Elfie Nieshaem Juferi
Tahun: 2025

Adakah benar ajaran-ajaran agama Kristian pada hari ini berasal daripada Nabi Isa a.s., atau sebenarnya hasil manipulasi teologi oleh seorang Yahudi bernama Paulus dari Tarsus?
Buku ini mendedahkan bagaimana ajaran asal Nabi Isa a.s. telah diseleweng dan digantikan dengan doktrin-doktrin asing demi memudahkan penerimaan masyarakat Rom dan Yunani terhadap “agama baharu” yang kini dikenali sebagai Agama Kristian.
Disusun secara sistematik dan berlandaskan rujukan daripada Alkitab (Bible) sendiri, karya ini menelusuri sejarah peribadi Paulus, pertelingkahannya dengan para hawari, serta pengaruh ajarannya terhadap pembentukan Perjanjian Baru dan dogma Triniti. la juga menyorot perbezaan ketara antara ajaran tauhid Nabi Isa a.s. dan akidah rekaan yang dibawa oleh Paulus.
“Paulus bukan hanya memutarbelitkan wahyu, tetapi juga merosakkan struktur etika, hukum dan akidah yang dibawa oleh Nabi ʿĪsā ʿalayhi al-salām—lalu menggantikannya dengan agama rekaan yang sesuai untuk diterima oleh Empayar Rom.”
— Bab 10, Paulus: Perosak Risalah Al-Masih, m.s. 147